Masalah mulut atau
nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka
yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.
Ini kerana masalah yang juga dikenali sebagai halitosis ini bukan setakat
membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi.
Apakah puncanya masalah ini?
Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah
gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.
Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih
adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi
mengunyah makanan, tetapi pada masa yang sama menjadi rumah kepada ratusan dan
mungkin jutaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini
memastikan mulut sentiasa segar.
Perlu diingat, punca mulut berbau tidak
sama bagi setiap individu. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca
sebenar masalah anda.
Penyelesaiannya:
~ Minum Teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai polyphenols membantu
menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah
mulut berbau.
~ Minum Air
Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan
perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan
yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun
membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan
bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis
minuman terutama air kosong membantu membuang
partikel kecil makanan dan lebihan mukus.
Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.
~ Penggunaan Herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba
seperti pudina, rosemary
dan selasih dapat membantu mengurangkan bau
mulut.
~ Kawal Tekanan
Sesetengah individu
terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin
ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.
~ Berhenti Merokok
Merokok
bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.
~ Pembersihan Gigi
Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
dan perbuatan flos gigi setiap hari juga
membantu menghilangkan bau mulut.
Tanda-tanda:
~ Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut.
~ Rakan atau orang di sekeliling menutup
mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap.
~ Ada rakan menegur atau menghulurkan
gula-gula kepada anda.
~ Ada kesan atau calitan
berwarna kuning atau putih pada lidah anda.