Menjelang Ramadhan, pastinya buah kurma kembali menjadi
pilihan. Memiliki nilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium,
potassium, vitamin A dan C serta niasin.
Dikenali
dengan nama saintifik, Phoenix danctylifera, kurma amat berkesan untuk merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit. Khasiat kurma juga terbukti dalam mengatasi masalah insomnia. Individu yang
mengalami masalah batuk pun boleh mengamalkan
pengambilan kurma dalam menu harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong mampu
menghentikan batuk.
Bagi
kanak-kanak pula, kurma membantu mencergaskan
minda, menguatkan daya ingatan serta membantu
tumbesaran. Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan
pengaliran darah semasa proses kelahiran.
Tidak hanya
itu, buah yang sering menjadi pilihan di bulan Ramadhan ini turut terbukti
berkesan dalam melancarkan peredaran darah,
membantu memanaskan badan, mencegah penyakit barah, merawat penyakit buah
pinggang dan membersihkan organ hati.