twitter
rss

             Assalamualaikum, nama diberi Umai Sarah Binti Yusof yang datang dari pantai timur, Terengganu.... Ni adalah first time aku buat blog dan pada 1/3/2014, first post saya dipublishkan.... Aku dilahirkan pada 19 Mei 1994 di Kemaman, Terengganu.... Aku dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana tapi dipenuhi dengan kasih sayang... Aku mempunyai 6 orang adik-beradik, 5 perempuan dan seorang lelaki.... Aku merupakan anak ke-2 dalam adik-beradik aku...
             Nama ayah aku, Yusof Bin Mohamad yang bekerja sebagai seorang buruh kilang dan nama umi aku, Hamidah Binti Ali yang merupakan seorang suri rumah.... Walaupun hidup kami sekeluarga serba kekurangan dari segi kekayaan, tetapi kami adik-beradik tidak pernah kurang dari segi kasih sayang yang dicurahkan oleh umi dan ayah... Pada zaman sekolah rendahku, aku disekolahkan di Sekolah Kebangsaan Seri Bandi selama 6 tahun...
             Kemudian, aku sambungkan pelajaranku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi... Terlalu banyak pengalaman yang aku cipta bersama-sama dengan rakan-rakan sekampung denganku di sekolah tersebut.... Pengalaman tersebut tidak mungkin aku dapat lupakan dalam sekelip mata... Setelah SPMku berakhir, aku teruskan perjuanganku sebagai seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang....Aku belajar di situ selama setahun...Walaupun masanya terlalu singkat, tetapi aku berjaya mencipta sedikit memori yang sangat indah bersama dengan rakan-rakan seperjuanganku di sana...
              Meskipun banyak kenangan yang aku cipta di sana, tetapi banyak juga dugaan yang terpaksa ku tempuh untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.... Setelah pembelajaranku berakhir di sana, aku smabung lagi pengembaraanku dalam mencari ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebuah universiti sangat ku kagumi satu masa dulu... Sejak aku di zaman sekolah rendah lagi, aku mempunyai impian untuk menyambung pembelajaranku di universiti tersebut...
              Alhamdullilah, akhirnya aku berjaya mancapai impian yang telah lama ku tanam dalam diriku, iaitu untuk menimba ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia... Tetapi apa yang paling penting bagiku adalah aku dapat gembirakan keluargaku terutamanya umi dan ayah kerana kegembiraan mereka adalah segala-segalanya bagiku.... Sekarang, aku baru tahun pertama dan berada di semester ke-2 di UKM ni.... Aku akan sentiasa berusaha untuk capai pointer yang cemerlang di setiap semester supaya aku sentiasa dapat gembirakan keluargaku dan dapat penuhi segala harapan umi dan ayah... Insyaallah aku akan galas tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan seorang anak dengan gigih....Insyaallah....
              Sampai di sini saja post aku kali ni... Insyaallah, kalau ada masa terluang, akan ku postkan lebih banyak lagi cerita-cerita yang menarik tentang diri ku... Wassalam.......




0 comments:

Post a Comment