twitter
rss

March 29

BUMBU dapur seperti bawang merah bukan sahaja bertindak sebagai bahan wajib untuk memasak, tetapi boleh dijadikan ubat menyembuhkan penyakit ringan.
     Salah satu khasiatnya dapat meredakan panas akibat demam. Kandungan minyak atsiri, siloaliin, metilallin, kaemferol, kuersetin dan floroglusin di dalamnya memiliki fungsi menurunkan suhu tubuh.
     Setelah dikupas dan dihiris, sapu pada bahagian-bahagian perut, punggung, paha, lengan, telapak kaki atau ubun-ubun. Biasanya dalam waktu terdekat peluh akan keluar dan demam akan mula kebah. Suhu badan akan kembali normal sementara menunggu masa untuk ke hospital atau klinik berdekatan.

     Selain itu, ia juga boleh bertindak mengurangkan bengkak dan luka akibat terkena duri atau disengat lebah. Jika dioleskan cairan atau air bawang pada bahagian sakit, pesakit akan berasa lebih lega dan rasa sakit semakin berkurangan.

March 26

Sakit kepala? Usah risau. Kesakitan yang anda rasai boleh diubati dengan pengambilan menu berikut:
1~ Kentang panggang
Elin Palinski, pakar diet dari New Jersey, Amerika Syarikat, menjelaskan kandungan potassium yang tinggi di dalam kentang panggang mampu mengatasi sakit kepala.
2~ Tembikai
Salah satu punca sakit kepala adalah dehidrasi. Justeru, kandungan air serta vitamin dan mineral yang banyak dalam tembikai dapat membantu melegakan sakit kepala.
3~ Kopi
Kopi sering dianggap sebagai punca sakit berlakunya sakit kepala di kalangan individu. Tanggapan itu salah sama sekali. Sebaliknya kopi berupaya memerangi serangan sakit kepala kerana keampuhannya menyempitkan pembuluh darah yang membesar ketika serangan penyakit tersebut.
4~ Roti gandum
Kekurangan karbohidrat turut menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, pengambilan sumber karbohidrat yang mudah dicerna seperti roti gandum amat membantu.
5~ Badam
Dengan keupuyaannya melancarkan peredaran darah, badam mampu merawat sakit kepala yang terjadi akibat penyempitan dan pembengkakan pembuluh darah.

March 21

     Menikmati jus oren yang sejuk di kala matahari memancar terik adalah satu kenikmatan yang tidak dapat digambarkan! Sekelip mata tubuh kembali segar dan bertenaga. Begitulah penangan buah kecil berwarna oren yang pastinya membuat ramai terpukau.
     Menarik, bukan saja dijadikan jus minuman, buah oren ini juga ternyata mempunyai kelebihan tersendiri. Ia juga boleh dijadikan bahan dalam menghasilkan sajian yang enak dan menyelerakan. Rasanya yang masam manis dan berjus pasti menimbulkan sensasi pada setiap kunyahan.
Asal-Usul:
     Buah oren berasal daripada negara China ribuan tahun yang lalu dan seterusnya diperkenalkan di benua Eropah. Kini ia ditanam hampir di seluruh dunia. Buah oren atau nama saintifiknya Citrus sinensis termasuk dalam genus Citrus dan mampu bertahan selama dua hingga tiga hari saja sekiranya disimpan di dalam suhu bilik. Negara Brazil merupakan negara pengeluar jus terbesar di dunia dan diikuti Amerika Syarikat.
     Selain dijadikan minuman, buah oren diambil patinya untuk dijadikan aromaterapi, minyak wangi, dan bahan wangian untuk sabun, pewangi dan sebagainya. Ia juga dijadikan bahan perisa untuk makanan seperti ais krim , marmalade, teh dan sebagainya. Amalan memakan sebiji oren bersaiz sederhana adalah mencukupi untuk keperluan tubuh manusia atau dibuat jus jika tidak mahu dimakan begitu sahaja.
Jenis-Jenis Buah Oren:
Oren Blood (Blood oranges)
     Buah oren yang kelihatan eksotik ini mempunyai isi berwarna merah darah dan rasanya manis serta berjus. Amat terkenal di Itali dan tumbuh di seluruh kawasan Mediterranean.
Musim : Sepanjang tahun.
Kegunaan : Kulitnya perlu dikupas dan enak dimakan begitu saja.
Oren Delta (Delta orange)
     Buah oren ini juga dikenali sebagai oren Valencia (Valencia oranges). Bersaiz kecil dan mempunyai kulit nipis serta mudah dikupas. Selain itu isinya manis, berjus dan mempunyai biji.
Musim : Sepanjang tahun.
Kegunaan : Boleh dimakan mentah atau dijadikan salad dan dibuat puding.
Oren Navel (Navel oranges)
     Buah oren ini manis, berjus dan mempunyai biji. Ia dinamakan navel (pusat) berdasarkan strukturnya yang unik iaitu buah oren yang kecil akan tumbuh pada isi oren seolah-olah bentuknya seperti mutasi.
Musim : Sepanjang tahun.
Kegunaan : Boleh dijadikan sos oren, salad dan pencuci mulut.
Oren Navelina (Navelina oranges)
     Buah oren ini tumbuh di kawasan Valencia di Sepanyol. Buah ini mempunyai rasa manis yang sungguh menyelerakan. Saiznya agak besar, berwarna oren gelap dan mudah dikupas.
Oren Ortaniques (Ortaniques orange)
     Buah oren yang mempunyai gabungan rasa masam dan manis dengan nikmat yang menyegarkan.
Musim : Sepanjang tahun.
Kegunaan : Enak dimakan mentah dan dijadikan jus minuman.
Oren Seville (Seville oranges)
     Buah oren ini berasal dari India dan kini terkenal di Eropah. Ia mempunyai rasa sedikit pahit, beraroma, kulit yang berbonjol, isi yang berjus dan berbiji.
Musim : Januari dan Februari.
Kegunaan : Buah oren ini tidak sesuai dimakan mentah kerana rasanya yang pahit. Ia amat enak dijadikan jem, marmalade dan sos. Boleh juga dijadikan salad dan dihidangkan bersama ayam panggang.
Oren Salustiana (Salustiana orange)
     Dengan rasanya yang manis dan berjus, buah oren ini adalah yang terbaik untuk dijadikan minuman berjus.
Musim : Sepanjang tahun.
Kegunaan : Untuk menyediakan jus oren sama ada untuk diminum atau dicampur ke dalam resepi, buah oren Salustiana adalah pilihan yang terbaik kerana rasanya yang manis dan jusnya yang pekat.
Khasiat:
     Buah oren bukan sahaja enak dimakan, namun ia juga mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan.
1~Vitamin C
    Berperanan dalam pembentukkan kolagen. Pembentukkan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukkan ligament, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
-Mencegah penyakit kanser.
-Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit.
2~Karbohidrat
     Serat yang terdapat di dalam karbohidrat ini melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
-Sesuai bagi individu yang berusaha menurunkan berat badan.
3~Folat
     Menurunkan kadar homocystein yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.
-Menurunkan risiko penyakit kardivoskular.
Selain daripada itu, buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, riboflavin dan asid pantothenik.

March 18

Masalah mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.
     Ini kerana masalah yang juga dikenali sebagai halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?
     Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.
     Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa yang sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin jutaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.
     Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap individu. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.
Penyelesaiannya:
~ Minum Teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai polyphenols membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.
~ Minum Air
Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.
~ Penggunaan Herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.
~ Kawal Tekanan
Sesetengah individu terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.
~ Berhenti Merokok
Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.
~ Pembersihan Gigi
Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.
Tanda-tanda:
~ Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut.
~ Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap.
~ Ada rakan menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda.

~ Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.

March 15

Sebut saja migrain, ramai dapat membayangkan betapa azabnya berdepan masalah sakit kepala ini. Apa tidaknya, bukan sekadar kepala yang berdenyut, tetapi mata terasa perit untuk dibuka, pandangan kabur, sukar berdiri ada ketikanya seperti hendak pitam. Malah, sakit kepala ini juga boleh menyebabkan mood yang pada awalnya baik, boleh berubah menjadi marah dalam sekelip mata.
     Hakikatnya, migrain bukan sekadar sakit kepala. Kerap kali ia dirujuk sebagai masalah neurologi yang biasa menyerang khususnya wanita. Serangan migrain selalunya berlaku pada sebelah bahagian kepala, rasa sakit yang seakan dicengkam, loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan.
     Dari segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf fiber yang melingkari sekitar saluran darah itu. Pembebasan bahan kimia itu menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri membengkak.
     Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Dr Zainordin Md Noor, berkata migrain adalah masalah yang biasa ditemui dengan anggaran antara tiga hingga 29 peratus penduduk.
     "Kerap kalinya migrain menyerang mereka yang berusia 16 tahun ke atas. Namun, kanak-kanak seawal usia 10 tahun boleh diserang migrain tetapi ia sedikit berbeza," katanya.
     Dr Zainordin berkata, migrain kanak-kanak ini mempunyai simpton seperti muntah atau loya. Ia bagaimanapun tidak membabitkan sakit kepala.
     Migrain di kalangan dewasa pula biasanya menyerang pada sebelah kiri atau kanan kepala. Rasa sakitnya pula berbeza-beza bagi setiap pesakit. Ada yang berasa sedikit kesakitan dan tidak kurang yang mengalami rasa sakit keterlaluan.
     Bagi sesetengah individu, rasa sakit yang menyerang itu boleh hilang dalam tempoh tiga jam tetapi ada yang perlu menanggung kesakitan sehingga tiga hari lamanya.
     Berbanding lelaki, wanita lebih kerap mengalami migrain yang dipercayai berkaitan dengan perubahan hormon, terutama ketika waktu haid. Bagi seorang perempuan yang kerap diserang migrain, serangan itu akan berhenti apabila dia hamil. Namun, migrain kembali menyerang selepas melahirkan anak.
     Ramai percaya migrain bukan penyakit yang diwarisi secara genetik. Bagaimanapun, jika ada ahli keluarga anda mengalami migrain, anda berkemungkinan turut mengalaminya.
Jenis:
Migrain Biasa(Tanpa Aura)
Rasa sakit yang mencengkam dan selalunya pada sebelah kepala sahaja. Ada kala diikuti dengan rasa sakit perut, hilang selera makan, loya, muntah, sembelit dan cirit birit. Biasanya terjadi pada sembilan daripada 10 pesakit. Sensitif pada bau, cahaya dan kebisingan.
Migrain Klasik(Dengan Aura)
Sebelum serangan, biasanya pandangan pesakit terganggu dengan gambaran bintang-bintang, cahaya atau garisan bengkang bengkok. Secara puratanya, serangan migrain jenis ini berlaku dalam tempoh 22 jam.
Punca:
~Tekanan - ada kala serangan migrain berlaku akibat komplikasi tekanan. Apabila tekanan hilang, pesakit diserang migrain.
~Terdedah kepada sinaran lampu, bunyi bising atau kepanasan yang melampau.
~Tidak cukup tidur atau terlebih tidur.
~Perubahan hormon.
Pencetus:
~Coklat.
~Keju.
~Buah-buahan sitrus.
~Ais krim.
~Minuman kafein.
Rawatan:
     Berdasarkan keadaan anda, doktor akan memberi ubat-ubatan yang bersesuaian. Ada pelbagai jenama ubat di pasaran yang boleh anda beli. Bagaimanapun, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat kerana itulah jalan yang terbaik.
     Elakkan daripada mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin, paracetamol atau ubat khusus untuk migrain tanpa pengawasan doktor kerana pengambilan ubat terlalu kerap tanpa nasihat doktor akan menyebabkan komplikasi penyakit lain seperti gastrik.

     Memandangkan ia adalah masalah yang sehingga kini belum dapat ditangani, anda perlu bijak menguruskan migrain, termasuk menjauhi makanan-makanan yang boleh mencetuskan masalah itu selain mengawal tekanan dengan baik

March 13

Menjelang Ramadhan, pastinya buah kurma kembali menjadi pilihan. Memiliki nilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin  A dan C serta niasin.
     Dikenali dengan nama saintifik, Phoenix danctylifera, kurma amat berkesan untuk merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit. Khasiat kurma juga terbukti dalam mengatasi masalah insomnia. Individu yang mengalami masalah batuk pun boleh mengamalkan pengambilan kurma dalam menu harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong mampu menghentikan batuk.
     Bagi kanak-kanak pula, kurma membantu mencergaskan minda, menguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran. Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.

     Tidak hanya itu, buah yang sering menjadi pilihan di bulan Ramadhan ini turut terbukti berkesan dalam melancarkan peredaran darah, membantu memanaskan badan, mencegah penyakit barah, merawat penyakit buah pinggang dan membersihkan organ hati.

March 9

Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

  • BAHAN A (dalam kek)
  • 5 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram tepung hong kong
  • 1 sudu makan ovelet
  • BAHAN B (dalam kek)
  • 200 gram mentega/butter
  • 3 sudu makan susu pekat
  • BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
  • 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
  • 190 gram tepung hong kong
  • 150 gram gula kastor
  • 1 sudu makan ovelet
  • 250 gram butter/mentega (cairkan)
  • 50 ml susu cair

Cara-cara

  1. CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
  2. Pukul Bahan B hingga sebati.
  3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
  5. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
  6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
  7. CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
  8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
  9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
  10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
  11. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci

March 8

     Assalamualaikum… suasana segar membaluti sekolah SMK Seri Bandi apabila diwarnai dengan gelagat murid-murid Form 1 bagi sesi 2010. Sekolah yang hingar-bingar mengganggu konsentrasi JJ Zaharah yang sedang membaca novel Sutere Dalam Lukisan karya Gunawan Mahmud… Ehh… betul ke ejaan nama karyawan tu? Bukan tu nama ayah Jue Zulaidah ker??? Ahli FEUZZIADZ yang lain sibuk bercerita tentang activities holidays yang lepas. Haiihh… maklumlah… lama x jumpe…. Nak-nak lagi Jaja Eizah berpindah semula ke SESERI…
     Berdekatan dengan tangga pejabat SESERI, berjalan sekelompok girls from Form 5 Al-Azim. Tidak diingat pula namanya. Jadi kesimpulannya diletakkan saja nama-nama insan yang ter’lucky’ itu sebagai Jay Sean, Umaru, Syazimentol, Baien dan Look Man…
2 Minggu Selepas Itu…
     Selesai minggu orientasi bagi murid Form 1, sekolah mula sibuk dengan activities yang cukup extreme dan awesome. Dengan lagak yang paling ter’skema’, geng FEUZZIADZ melangkah masuk ke dalam bilik guru untuk meringankan beban para cikgu… Walaupun sebenarnya niat yang utama ialah ingin melepak di dalam bilik guru yang beraircond… Panas wa cakap sama lu duk lam kelas dengan kipas yang bagai hidup segan mati tak mau tahap gatal bulu mata tu… Betuuuuul… Kalau tak percaya… cuba pasang kipas tapi x payah on suisnya…hahaha….
     Sambil duduk di ruang rehat cikgu…geng FEUZZIADZ rancak berbual sambil berlawan teke-tekuk….
     Namun, perbualan mereke terganggu dek suara-suara sumbang yang bisa mencairkan tahi telinge yang kering-kontang ibarat dijemur di tengah Laut Sulawesi.  Suara tersebut adalah suara  Geng-geng Besin.
Waktu Rehat…
     Selepas menghabiskan bekal yang dibawa, Jaja Eizah mengajak ahli FEUZZIADZ yang lain ke taman ilham Sir. Nur Dien…
     “Eh, ce mu teke, mende persamaang antaghe baju kak ampaiyang ngang telefong ghumoh?” tanya Ieda Norida...
     Syah Isyah terkedu. Dia yang pro dan expert dalam chapter ini tidak dapat mengorek jawapan. Manakale Jue Zulaidah pula hanya mampu terketawa tanpa henti… entah apa yang disukanya… ternampak Mr. Bean berenang bersama berudu gamaknya…
     “Haa… persamaang ye ialah Y=3x+6” Jawab Umai Sarah dengan confidentnya… sampai lobang hidung JJ Zaharah pula yang boleh diukur dengan pembaris meter…
     “Haiii… x abih-abih ngan addmathnya…” Balas Tya Fatihah sambil menggigit sosej yang dibeli from canteen of SESERI… Ni nok ghoyat weh… Daging burger ke sosej ke kalu beli daghi canteen… x sedak kalu x make nge soh… tegha arr kalu tok caye……
     Setelah penat mengerah otak sehingga terpaksa berjemur di bawah pokok pisang… akhirnya Dhiya Diyla , Jeny Jusoh dan yang tinggal saki baki itu menyerah kalah…
     Hi… Hi… Hi… “ Juwa ehh… kalu bunyi je perkataang kering dok pong kring, baju ngan telefong mestilah oghang akak…” Kah… Kah… Kah…geng FEUZZIADZ ketawa terkekeh-kekeh sehingga hilang keayuan seorang wanita…..
     11.25 a.m., FEUZZIADZ melangkah penuh glamour like Girls’ Generation. Piiiiirah!!! Bajet je lebih… tapi harga remaja memang sukar untuk dijual beli terutamanya geng FEUZZIADZ… Memanjat tangga seolah-olah ada satu beban yang berat tergalas di bahu… umpama berat mata yang memandang… lagi berat la mata yang sedia mengantuk ingin tidur… Wae??? Makhluk-makhluk yang tidak diingini bertenggek dan bergelak ketawa like orang putus urat kentut saja……
Seminggu Sebelum Hari Guru…
     Usai bacaan Yaasin, FEUZZIADZ yang lazimnye berjalan longlai seperti Homo safien yang x cukup nutrisi, melangkah lesu ke dalam bilik guru… Mata yang gelebeh menjadi besar gedabak macam sotong apabila melihat timbunan presents yang pelbagai bentuk dan warna. Waaaaa… so beautiful la… Masing-masing ternganga mulut hingga menampakkan gigi geraham yang ghongok… sampai lalat pun x lalu nak masuk dalam gua yang penuh dengan fungsi dan machine ni…
     Bertenggek di meja cikgu Aisyah, guru kelas 4 AA… Waahh… Cantik gitu… Sama macam awekzawekz kelas 4 AA…hehehe…
Hari Guru…
     16 Mei 2010!!! Hari keramat sudah tiba… Yeeehhaaa… Angin tiba-tiba bertiup sepoi-sepoi bahasa. Membawa segala bau yang kurang enak berterbangan menusuk ke dalam lobang hidung setiap warga SESERI… Jaja Eizah terpandangkan Jay Sean. Dup… Dap… Dup… Dap… Hatinye tiba-tiba menerbitkan bau yang sangat wangi lagi harum sehingga menenggelamkan bau yang x menyelerekan tadi… Cikgu Amril sedang berkaroke menyanyi lagu Kenangan Terindah belong to Samsons.
                         “Aku yang lemah tanpamu…
                         Aku yang rentan karena…
                         Cinta yang tlah hilang darimu…
                         Yang mampu menyanjungku…”
     Oh… Hati Jaja Eizah mencair sederas ais dikacau dalam milo panas… hu… hu… harunya perasaannya ketika itu…
Sebulan Selepas Itu…
     Jaja Eizah yang seperti biasa berkeadaan begitu, kalut bercerita tentang dirinya yang sudah jatuh cinta… Jaja Eizah sebenarnya telah jatuh suka kepada Jay Sean dengan magnitude 1.0111… ketika itulah wabak influenza suka-menyuka tersebar luas di kalangan FEUZZIADZ… Jaja Eizah + Jay Sean, Syah Isyah + Syuk Rie, Tya Fatihah + Kyle XY dan banyak terhingga lagi… Namun, apakan daya… salah FEUZZIADZ juga yang tidak memilih pasangan yang betul… kaum Adam yang disukai hanya mampu dimesej tanpa suara sahajaaaa…
Dua Tiga Bulan Selepas Sebulan Itu…
     Jay Sean telah mengetahui bahawa Jaja Eizah telah tersuka kepadanya… tapi dia buat don’t know je… memang xada ciri-ciri macam Jason aka Kang Woo Young langsung… harap nama je nak dekat sama…
     Jaja Eizah yang frustrated membawa diri balik ke rumah… makan tauge cicah kicap… Dengan senyum sinis lagi tercungit bulu kening… Jaja Eizah is very dare to on her dream… Untuk tidak jatuh suka lagi dengan Geng Bersin…
8 Tahun Selepas Itu…
     Dari jauh sudah kelihatan FEUZZIADZ berjalan-jalan di sekitar Rumah 4 Musim di Shah Alam…
     “Kalu la sekarang ni aku kawing ngang Jay Sean… belom tentu lagi aku dapak gi jalang-jalang macang gini ngang mu oghang…” Jaja Eizah membuka mulut untuk bersuara… bukan untuk menguap…hahaha
     “Yeeee… beto tu…” jerit FEUZZIADZ yang lain hingga mengundang attention orang lain……


*ha…3x. akhirnya siap juga cerita pendek ini… diucapkan juga terima kasih kepada Jeny yang tidak sudi membantu tetapi setelah diugut akhirnya terpaksa turun padang… semoga anda semua membaca cerpen ini dengan selamat... Bace lambat ilmu pun dapat... WASSALAM…

March 2

10:46 PM~JAN 11 2012
     Mummy Awan sedang sarat mengandungkan anak yang tidak tetap pendiriannya... Kekadang mengukir smile di wajah makhluk ALLAH yang berbagai bentuk dan rupa. Kekadang mencoretkan gelombang-gelombang derita... Baby H2O bila-bila masa sahaja akan dilahirkan. Daddy Petir sesekali gelisah sehingga mengaum bak harimau di hutan belan tara dan menghunus pedangnya ke dada bidang Grandpa Bumi ala-ala Boboi Boy bermain pondok with his enemy, Adudu and the gang.
4:07 PM~JAN 12 2012
     Makmal Chemistry di SESERI gamat dengan suara-suara awek cun class 5Al-Azim... menenggelamkan suara CikGu Izwadi yang macho seperti voice Justin Bibir... Experiment sedang berjalan..?? Ni ada satu question. Experiment boleh berjalan ke dengan kerenah budak-budak 5 Al-Azim ni... Fatihah Jusoh, Jaja Eizzah and Ieda Norida bertenggek di tepi table like burung unta tertelan biji kelapa sawit, membincangkan masalah yang menghempap world baru-baru ini. Mummy Awan akhirnya melahirkan Baby H2O tepat jam 12:15 minit tengah hari...
     Tamat juga time chemistry. Bunga dan Kumbang 5AA berjalan tidak bertenaga such zombie tertelan paku berkarat .Aku seperti biasa melangkah dengan speed yang tinggi mengalahkan jet pejuang yang sedang berlumba di litar udara. Di garisan penamat, CikGu Naaemah memegang kapur putih yang tidak seputih mana, mencatat nota Addmath di papan hitam yang sebenarnya hijau gelap…
     Lagi 2 minggu sukan olahraga antara rumah sukan akan berlangsung. AJK-AJK tertinggi rumah sukan sibuk berjumpa para guru untuk membuat persediaan dan juga dengan niat tak lain tak bukan nak lari dari class. Tak sedar diri langsung yang tahun ini akan hadapi SPM.
10:77 PM~JAN 15 2012
     Di padang SESERI mula dipenuhi oleh para penyokong rumah sukan masing-masing. Acara yang berlangsung dari jam 8 pagi dan berakhir tepat jam 5 petang waktu tempatan yang menyaksikan Al-Razi iaitu rumah hijau menjadi juara selama 3 tahun berturut-turut. Muka sorang-sorang tak payah nak cakap la kan, hitam mengalahkan bangla yang jemur tengah panas. Balik rumah rehat sekejap, then tidur….

March 1

             Assalamualaikum, nama diberi Umai Sarah Binti Yusof yang datang dari pantai timur, Terengganu.... Ni adalah first time aku buat blog dan pada 1/3/2014, first post saya dipublishkan.... Aku dilahirkan pada 19 Mei 1994 di Kemaman, Terengganu.... Aku dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana tapi dipenuhi dengan kasih sayang... Aku mempunyai 6 orang adik-beradik, 5 perempuan dan seorang lelaki.... Aku merupakan anak ke-2 dalam adik-beradik aku...
             Nama ayah aku, Yusof Bin Mohamad yang bekerja sebagai seorang buruh kilang dan nama umi aku, Hamidah Binti Ali yang merupakan seorang suri rumah.... Walaupun hidup kami sekeluarga serba kekurangan dari segi kekayaan, tetapi kami adik-beradik tidak pernah kurang dari segi kasih sayang yang dicurahkan oleh umi dan ayah... Pada zaman sekolah rendahku, aku disekolahkan di Sekolah Kebangsaan Seri Bandi selama 6 tahun...
             Kemudian, aku sambungkan pelajaranku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi... Terlalu banyak pengalaman yang aku cipta bersama-sama dengan rakan-rakan sekampung denganku di sekolah tersebut.... Pengalaman tersebut tidak mungkin aku dapat lupakan dalam sekelip mata... Setelah SPMku berakhir, aku teruskan perjuanganku sebagai seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang....Aku belajar di situ selama setahun...Walaupun masanya terlalu singkat, tetapi aku berjaya mencipta sedikit memori yang sangat indah bersama dengan rakan-rakan seperjuanganku di sana...
              Meskipun banyak kenangan yang aku cipta di sana, tetapi banyak juga dugaan yang terpaksa ku tempuh untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.... Setelah pembelajaranku berakhir di sana, aku smabung lagi pengembaraanku dalam mencari ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebuah universiti sangat ku kagumi satu masa dulu... Sejak aku di zaman sekolah rendah lagi, aku mempunyai impian untuk menyambung pembelajaranku di universiti tersebut...
              Alhamdullilah, akhirnya aku berjaya mancapai impian yang telah lama ku tanam dalam diriku, iaitu untuk menimba ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia... Tetapi apa yang paling penting bagiku adalah aku dapat gembirakan keluargaku terutamanya umi dan ayah kerana kegembiraan mereka adalah segala-segalanya bagiku.... Sekarang, aku baru tahun pertama dan berada di semester ke-2 di UKM ni.... Aku akan sentiasa berusaha untuk capai pointer yang cemerlang di setiap semester supaya aku sentiasa dapat gembirakan keluargaku dan dapat penuhi segala harapan umi dan ayah... Insyaallah aku akan galas tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan seorang anak dengan gigih....Insyaallah....
              Sampai di sini saja post aku kali ni... Insyaallah, kalau ada masa terluang, akan ku postkan lebih banyak lagi cerita-cerita yang menarik tentang diri ku... Wassalam.......