April
3
Bukan sahaja masakan
perlukan tip, dalam penyediaan kek perlu mengikut tatacara betul agar apa
dihasilkan itu lebih menarik dan sempurna. Paling penting ialah untuk
mengelakkan kek daripada merekah.
1- Jangan biarkan suhu
ketuhar terlalu tinggi ( terlebih panas ), akan menyebabkan kek tersebut
merekah di permukaan.
( Kepanasan
ketuhar bergantung pada jenis alat tersebut dan juga berapa lama telah
digunakan. Jika selalu menggunakannya mungkin dapat menjangka suhu ketuhar yang
agak berbeza dari apa yang diberikan resepi).
2- Elak daripada
menggunakan serbuk penaik terlalu banyak. Jika resepi menggunakan satu sudu teh
bererti ia rata atau separas sudu sahaja.
(
Sebaik-baiknya guna sudu penyukat khas, bukan sudu kecil yang digunakan untuk
membuat kopi ).
3- Pastikan serbuk
penaik masih baru dan diayak terlebih dahulu bersama bahan kering seperti
tepung sebelum dicampurkan dengan adunan mentega dan bahan-bahan lain.
4- Kurangkan
menggunakan tepung terlalu banyak, ia juga boleh menyebabkan kek keras, tekstur
tidak gebu dan juga kek akan merekah kerana terlalu kering di dalamnya.
5- Cucuk dengan lidi
terlebih dahulu untuk memastikan ia masak
atau belum sebelum mengeluarkannya mengikut jangka masa ditetapkan dalam
buku resepi.