April
4
Peristiwa 13
Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku
dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini
yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang
rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969"
merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen
Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari
kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia
berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada
ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada
pilihanraya umum 1969 Parti
Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal
memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan
persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan
yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun
daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang
25 buah kerusi dalam Dewan
Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak
pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah
meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya
tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir
pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan
slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di
jalan-jalan raya di sekitar Kuala
Lumpur. Perarakan turut
dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu,
melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak
pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis
bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala
Lumpur. Bagaimanapun
perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung
Baru, menyorak
penduduk di situ.[2] Sesetengah
penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu
keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan
mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan
hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf
pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan
balas meraikan kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini
berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr.
Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta
kebenaran polis untuk berarak
meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di
Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala
Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung
Baru. Sedangkan di
Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa
terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang
telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula
pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu
('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam
masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang
mencaci dan meludah dari atas lori
ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada
rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian
seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis.
Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya
dengan menghina Melayu.
Pada hari
Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf
di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh
menang besar di kawasan Bukit
Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah
mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya
peristiwa ini.
Orang Melayu
berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di
Kampung Baru, Kuala
Lumpur. Dato' Harun
Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu
cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa
senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato'
Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika
berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan
meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua
kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain
mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari
perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan
nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar
itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua
penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung
Baru telah
dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi
gelap telah
bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur.
Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata
besi, tombak dan lembing berparang di
hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita
seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan
lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah
darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan
polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga
keselamatan sekitar Kuala
Lumpur.
Rejimen Renjer
Anggota FRU
semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan
askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini
terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini
menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin
meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda
Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan
diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah
rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya
Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di
sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar.
Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina
dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas
rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah
askar Melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang
Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih
timah di Sungai
Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita
dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi
lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang
diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda
Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di
panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan
daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam
panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam
tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam
keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai
Ramal, Kajang. Manakala di
pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah
berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula,
penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut
dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa
cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga
berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang
merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina
yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah
berkurung.
Pemuda yang
bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu
yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena
tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang.
Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di
Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came
To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama
rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke
Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak
disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka
yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin
mengatakan Tentera Sabil dari Sungai
Manik hendak datang
ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu
Pahat tersekat dan
disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di
sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu
kebal dengan harga
yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa
yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru
ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang
terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan
kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau
Pinang serta Perlis tiada sebarang
pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri
Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit
kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan
dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang
cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang
menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik"
Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku
Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti,
Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul
Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina
boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak
belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia
merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan
berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
Persepsi
Kalangan orang
melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai
tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca
kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku
kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang
Tiga yang ingin
menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun
2007, satu buku — May
13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis
oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua
Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat
maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya
disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi
rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di
UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4]
Bagaimanapun ia
hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi
yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.
Angka korban
Polis dan
tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi
menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan
musnah.
Statistik tidak
rasmi jumlah kematian:
- Melayu
: 86 orang
- Cina
: 342 orang
- Lain-lain
: 3 orang
Statistik
tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi
saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke
balai polis Jalan Travers waktu itu.