twitter
rss

May 16

              Pada 1 Mei 2014 yang lalu, aku telah menyertai satu program yang dianjurkan oleh Kelab Usahawan Kolej Ibrahim Yaakub, UKM. Program tersebut dikenali sebagai Program Pemantapan Kemahiran Keusahawanan KIY '14. Program ini disertai oleh 40 orang termasuk felo-felo pengiring. Ia diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu selama 4 hari 3 malam mulai 1 Mei hingga 4 Mei 2014. Program ini juga dikendalikan dibawah Majlis Eksekutif Keusahawanan KIY, UKM.
         

              Pada 1 Mei, kira-kira pukul 8.30 pagi, kami berkumpul di foyer kolej untuk pendaftaran sebelum bertolak ke Terengganu kira-kira pukul 9.00 pagi dangan menaiki bas UKM. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 10 jam dan tepat pukul 7.00 malam kami sampai di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Teluk Batin, Kuala Terengganu. 
              Pada keesokan harinya, iaitu 2 Mei, aktiviti kami bermula dengan senamirobik dan diteruskan dengan perlawanan bola baling antara kumpulan yang terdiri daripada 4 kumpulan, iaitu kuning, merah, hijau dan biru. Aku berada di kumpulan kuning. Bagi perlawanan bola baling ini, kumpulan aku menduduki tempat ke-2, manakala juara adalah kumpulan hijau, tempat ke-3, kumpulan merah dan tempat terakhir, kumpulan biru. 




Aktiviti diteruskan dengan pencarian bola ping pong. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan perlu mencari 10 biji bola ping pong yang ditanam didalam pasir dengan kaki yang diikat antara satu sama lain. Mana-mana kumpulan yang terawal berjaya mencari 10 biji bola ping pong, kumpulan tersebut dianggap menang.



Juara bagi pertandingan ini diduduki oleh kumpulan hijau, kumpulan kuning, naib juara dan diikuti oleh kumpulan merah dan biru.
              Aktiviti disebelah petang pula adalah pembinaan kubu istana daripada pasir pantai. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebatang kayu dan kayu tersebut mesti dipacakkan dengan kukuh supaya ia tidak akan tumbang apabila diserang oleh pihak lawan. Setiap kumpulan juga dibekalkan dengan belon air supaya dapat melindungi kubu masing-masing daripada diserang oleh pihak lawan. Mana-mana kumpulan yang kayunya masih tidak tumpang, maka kumpulan tersebut dinobatkan sebagai juara.


                                  Lastly, kumpulan aku yang menang... Kumpulan KUNING....


              Hari ketiga, kami ke Noor Arfa, kilang batik. Kami berkesempatan untuk melihat sendiri cara-cara mengukir kaca.



 Kat sana, kami diberi kesempatan untuk membuat batik dengan corak tersendiri. 


              Malamnya, kami adakan BBQ dan penyampaian hadiah bagi juara keseluruhan kumpulan.

Add caption


               Keesokannya, kami pulang. Kenangan ke Terengganu bersam Kelab Keusahawanan, takkan pernah aku lupa. Terlalu banyak kenangan yang kami cipta sepanjang kami di sana. Program ini telah banyak memberi manfaat kepada aku dan rakan-rakan yang lain selain daripada dapat merapatkan lagi silaturrahim anatara kami. Sekian daripada aku untuk kali ini.


              





0 comments:

Post a Comment