Program dinner yang bertemakan luxurious titanic ini diadakan pada 22 Mei 2014. Bagi program ini, aku memegang jawatan sebagai ketua ajk dekorasi. Aku mempunyai 6 orang anak buah. Kami design hiasan,props dan photobooth yang perlu ada untuk malam dinner tersebut. Sebulan sebelum program tersebut berlangsung, para ajk telah menjalankan gerak kerja. Meeting diadakan setiap malam dan aku bersama-sama anak-anak buahku telah memilih design daripada internet sebagai inspirasi kami untuk membuat hiasan, props dan photobooth untuk dinner itu.
Pengalaman aku selama sebulan sebelum program itu berlangsung terlalu banyak untuk dikongsi. Selama sebulan itu, aku dapat lihat pelbagai ragam manusia baik dan tidak berapa baik. Ada yang sangat ikhlas untuk menjayakan program tersebut dan ada juga yang tidak suka bekerja dalam satu kumpulan. Tetapi, bagi kumpulan dekorasi aku, alhamdulillah, semuanya dapat memberi komitmen yang bagus dan dapat bekerjasama dengan baik. Aku suka bekerja dengan mereka.
Tiba sehari sebelum program berlangsung, semua ajk dinner sibuk membantu antara satu sama lain untuk menyiapkan apa yang belum disiapkan. Pada malam tu, kami semua tidur dalam pukul 3 lebih.
Keesokan harinya, kami dikehendaki untuk berkumpul di tempat kejadian, iaitu DECTAR pada pukul 9 pagi. Dinner tersebut akan bermula pada pukul 8 malam. Jadi, pada paginya kerja-kerja menghias dan mengemas DECTAR dilakukan oleh kami semua.
Semua meja makan disusun dan aku bersama ajk-ajk dekorasi sibuk menyiapkan dan memasang props dan photobooth yang telah kami designkan. Tepat pukul 2 petang, rehearsal dijalankan. Pada mulanya banyak kesilapan terutamanya dari segi protokol. Tetapi setelah rehearsal dibuat beberapa kali, semuanya berjalan dengan lancar dan kami semua yakin bahawa dinner pada malam tersebut akan berjalan dengan lancar dan jayanya.
Dinner tersebut bermula tepat pada pukul 8 malam dengan ketibaan Menteri Kerjaraya sebagai perasmi malam dinner tersebut. Segala persembahan dan anugerah telah dipersembahkan pada malam itu. Tepat jam 10.30 malam, dinner tersebut tamat. Kami mula bekerjasama untuk mengemas kembali DECTAR. Kira-kira sejam kemudian, kerja-kerja mengemas DECTAR selesai. Kami, ajk-ajk dinner mengadakan sesi bergambar dan sedikit post mortem.
Ketua Pengarah bagi program ini berkata bahawa beliau berbangga kerana diberi kesempatan untuk handle dinner tersebut dan beliau sangat gembira kerana dinner tersebut berjalan dengan lancar. Feedback yang kami perolehi daripada para alumni juga sangat baik dan memuaskan.
Bagi aku, inilah dinner yang paling terbaik dan best yang pernah aku join. Terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang dapat aku timba sepanajang program ini dijalankan. Selain itu, aku tidak akan pernah lupa pada ukhwah yang telah terjalin antara kami ajk-ajk dinner terutamanya bagi ajk dekorasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)