Lab test pertama aku untuk subjek aplikasi komputer melibatkan microsoft word dan excel. Masa yang diberikan untuk aku dan rakan-rakan jawab test tersebut adalah selama 2 jam. Sehari sebelum lab test, aku dah study tentang ketiga-tiga microsoft tu, tetapi bila tiba hari test, aku jadi seperti seorang yang tidak tahu apa-apa tentang microsoft padahal aku sudah study. Setelah mengambil masa selama satu minit untuk tenangkan diri dan berdoa pada Yang Maha Esa, aku mulakan test tersebut.
Soalan pertama, mengenai microsoft excel. Pada mulanya, aku menjawab test tersebut dengan lancar. Tetapi, apabila tiba part vlookup excel, aku seolah-olah lupa apa yang aku sudah belaja selama ini. Aku cuba nak bertanya rakan-rakanku, tetapi aku takut lecturerku nampak perbualan antara kami. Jadi, aku tidak berani nak bertanya. Kira-kira hampir setengah jam jugalah aku stuck dekat vlookup tu. Selepas tenangkan diri, aku mula berjaya menyiapkan part yang susah tu.
Bagi orang yang tidak mahir microsoft macam aku, lab test 1 tu agak susah untuk dijawab. Pada bahagian excel saja, aku dah spend banyak masa, agak-agak dalam 1 jam setengah jugalah. Setelah selesai buat excel, aku teruskan dengan microsoft word. Alhamdulillah aku dapat jawab microsoft word. Tapi malangnya, aku tidak sempat jawab semua soalan microsft word tu. Bayangkanlah macam mana frustnya aku sebab tidak dapat jawab benda yang aku tahu dan boleh score.
Time tu, aku rasa menyesal sangat-sangat sebab aku banyak buang masa dekat excel. Tiba 5 minit terakhir, aku terpaksa hantar test tu dengan hati yang menyesal dan berat. Aku memang tidak boleh lupa kesalahan aku time tu. Sebaik sahaja aku keluar daripada lab, aku terus bad mood. Tapi, apa-apa pun, benda sudah jadi. Nak sesalkan pun tidak ada gunanya. Lab test 2 nanti, aku janji pada diri aku yang aku tidak akan ulang kesalahan yang sama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)