Pada awal Mei 2014, aku telah menyertai sebuah program Kolej Ibrahim Yaakub yang dikendalikan oleh Majlis Eksekutif Keusahawanan KIY '14 selama 4 hari 3 malam. Bagi program ini, aku ditugaskan untuk membuat nametage untuk setiap peserta yang menyertai program ini. Setelah beberapa hari bertungkus lumus menyiapkan design nametage, inilah hasilnya:
Kemudian, kami dibawa masuk ke kilang membuat batik. Kami diberi peluang untuk melihat cara-cara menganyam tikar yang didemokan oleh seorang pekerja disana.
Seerusnya kami dibawa ke tempat membuat batik. Kami dibekalkan dengan 2 helai kain dan kami diberi peluang untuk membuat batik dengan corak yang tersendiri. Sehelai kain deberikan kepada lelaki, dan sehelai lagi diberikan kepada perempuan. Terdapat tiga proses membuat batik, iaitu melukis corak, mencanting dan akhir sekali mewarna.
Setelah kira-kira 2 jam lebih, proses membuat batik selesai, dan inilah hasilnya:
( Hasil batik perempuan )
( Hasil batik lelaki)
Akhir kata, melalui aktiviti membuat batik ini, saya dapat pelajari pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran kreatif dan inovatif. Dalam proses membuat batik, kemahiran kreatif dan inovatif sangat penting untuk menghasilkan batik yang mempunyai pelbagai corak yang berbeza-beza dan menarik. Corak yang menarik memainkan peranan penting untuk menarik minat para pelanggan untuk membelinya. Oleh itu, pada pandangan saya, kemahiran kreatif dan inovatif sangat penting dalam mencorakkan hala tuju kehidupan kita dan menjadikan diri kita seorang yang berkemahiran.