twitter
rss

          Pada 27 Mei 2014, lab test 2 bagi aplikasi komputer telah dijalankan. Aku berazam supaya tidak ingin mengulangi kesilapan aku pada lab test 1 lagi. Masa yang diberikan  selama 2 jam untuk menjawab. Pada test kali ini, hanya access sahaja yang terlibat. Aku mulakan test tersebut dengan keyakina diri yang tinggi.
         Aku dapat jawab semua soalan yang diberikan dengan jayanya walaupun mungkin akan ada sedikit kesilapan yang aku tidak nampak. Tetapi aku bersyukur kerana at least aku dapat jawab walaupun ada 1,2 soalan yang aku bingung dan stuck untuk jawab.
         Pada 10 minit terakhir, hampir keseluruhan soalan aku sudah jawab. Tetapi apabila tiba soalan ang terakhir, aku jadi stuck dan tidak mampu jawab. Padahal pada ketika itu masa untuk menjawab hanya tinggal lagi 2 minit. Oleh itu, aku tinggalkan soalan terakhir itu dan aku submit jawapan lab test 2 aku.
         Apa -apa pun aku bersyukur walaupun soalan terakhir itu aku tidak dapat jawab. Tetapi sekurang-kurangnya lab test kali ini lebih baik daripada lab test yang lalu. Aku berbangga juga dengan diri aku kerana aku tidak mengulangi kesilapan aku di lab test 1 yang lalu. Dan aku berharap aku akan gred yang cemerlang untuk subjek aplikasi komputer ini. Insyaallah...

0 comments:

Post a Comment