twitter
rss

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Bahan-Bahan:
Daging batang pinang
Bunga kantan } hiris halus
Cili padi } hiris halus
Daun sup } dihiris
Sos barbeque
Mangga muda } mayang halus
Limau nipis
Kacang tanah } ditumbuk kasar
Cara Memasak:
1. Daging diperap dengan sos barbeque.
2. Bakar sehingga masak dan hiris halus.
3. Masukkan dalam mangkuk dan perahkan limau nipis.
4. Masukkan daun sup, cili padi, bunga kantan dan mangga muda.

5. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan gaul mesra.

Bahan-Bahan:
3 kg beras siam } direndam
1 kg beras pulut } direndam
1 inci halia } hiris halus
6 ulas bawang merah } hiris halus
1 sudu halba } hiris halus
1/2 kg santan
12 gelas air sejuk
Cara Memasak:
1. Kukus beras yang telah direndam sehingga masak.
2. Apabila masak, masukkan ke dalam bekas dan gaul dengan sedikit air sejuk.
3. Kukus semula nasi selama satu jam.
4. Angkat nasi, kemudian gaul dengan santan yang telah dicampur halia, bawang merah, gula
     dan garam secukupnya. Sedia dihidang.
Bahan-Bahan Lauk:
1/2 kg bawang merah } kisar
2 labu bawang putih } kisar
200 gram cili boh
2 senduk rempah nasi dagang
1 kg santan
3-4 kg ikan tongkol
Cara Memasak Lauk:
1. Tumis cili boh sehingga masak.
2. Apabila masak, masukkan air sebanyak tiga liter dan masak semula sehingga mendidih.
3. Masukkan bawang dan halia yang telah dikisar dan digaul dengan rempah ke dalam periuk.
4. Tambahkan gula, garam dan asam keping.
5. Masukkan santan dan masak selama 1-1 1/2 jam.

6. Akhir sekali masukkan ikan tongkol.

Bahan-Bahan:
1 kg udang sederhana
100 gram bawang besar } dimayang
50 gram asam jawa } dicampur dengan air
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak
Bahan Kisar:
30 gram bawang kecil
20 gram bawang putih
100 gram cili giling
30 gram belacan
20 gram buah keras
Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Masukkan bawang besar dan biarkan mendidih.

4. Masukkan udang dan masak sepenuhnya.

Bukan sahaja masakan perlukan tip, dalam penyediaan kek perlu mengikut tatacara betul agar apa dihasilkan itu lebih menarik dan sempurna. Paling penting ialah untuk mengelakkan kek daripada merekah.
1- Jangan biarkan suhu ketuhar terlalu tinggi ( terlebih panas ), akan menyebabkan kek tersebut merekah di permukaan.
( Kepanasan ketuhar bergantung pada jenis alat tersebut dan juga berapa lama telah digunakan. Jika selalu menggunakannya mungkin dapat menjangka suhu ketuhar yang agak berbeza dari apa yang diberikan resepi).
2- Elak daripada menggunakan serbuk penaik terlalu banyak. Jika resepi menggunakan satu sudu teh bererti ia rata atau separas sudu sahaja.
( Sebaik-baiknya guna sudu penyukat khas, bukan sudu kecil yang digunakan untuk membuat kopi ).
3- Pastikan serbuk penaik masih baru dan diayak terlebih dahulu bersama bahan kering seperti tepung sebelum dicampurkan dengan adunan mentega dan bahan-bahan lain.
4- Kurangkan menggunakan tepung terlalu banyak, ia juga boleh menyebabkan kek keras, tekstur tidak gebu dan juga kek akan merekah kerana terlalu kering di dalamnya.

5- Cucuk dengan lidi terlebih dahulu untuk memastikan ia masak  atau belum sebelum mengeluarkannya mengikut jangka masa ditetapkan dalam buku resepi.

Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

  • BAHAN A (dalam kek)
  • 5 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram tepung hong kong
  • 1 sudu makan ovelet
  • BAHAN B (dalam kek)
  • 200 gram mentega/butter
  • 3 sudu makan susu pekat
  • BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
  • 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
  • 190 gram tepung hong kong
  • 150 gram gula kastor
  • 1 sudu makan ovelet
  • 250 gram butter/mentega (cairkan)
  • 50 ml susu cair

Cara-cara

  1. CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
  2. Pukul Bahan B hingga sebati.
  3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
  5. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
  6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
  7. CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
  8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
  9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
  10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
  11. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci