twitter
rss

Showing posts with label Petua Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Petua Kesihatan. Show all posts

BUMBU dapur seperti bawang merah bukan sahaja bertindak sebagai bahan wajib untuk memasak, tetapi boleh dijadikan ubat menyembuhkan penyakit ringan.
     Salah satu khasiatnya dapat meredakan panas akibat demam. Kandungan minyak atsiri, siloaliin, metilallin, kaemferol, kuersetin dan floroglusin di dalamnya memiliki fungsi menurunkan suhu tubuh.
     Setelah dikupas dan dihiris, sapu pada bahagian-bahagian perut, punggung, paha, lengan, telapak kaki atau ubun-ubun. Biasanya dalam waktu terdekat peluh akan keluar dan demam akan mula kebah. Suhu badan akan kembali normal sementara menunggu masa untuk ke hospital atau klinik berdekatan.

     Selain itu, ia juga boleh bertindak mengurangkan bengkak dan luka akibat terkena duri atau disengat lebah. Jika dioleskan cairan atau air bawang pada bahagian sakit, pesakit akan berasa lebih lega dan rasa sakit semakin berkurangan.

Sakit kepala? Usah risau. Kesakitan yang anda rasai boleh diubati dengan pengambilan menu berikut:
1~ Kentang panggang
Elin Palinski, pakar diet dari New Jersey, Amerika Syarikat, menjelaskan kandungan potassium yang tinggi di dalam kentang panggang mampu mengatasi sakit kepala.
2~ Tembikai
Salah satu punca sakit kepala adalah dehidrasi. Justeru, kandungan air serta vitamin dan mineral yang banyak dalam tembikai dapat membantu melegakan sakit kepala.
3~ Kopi
Kopi sering dianggap sebagai punca sakit berlakunya sakit kepala di kalangan individu. Tanggapan itu salah sama sekali. Sebaliknya kopi berupaya memerangi serangan sakit kepala kerana keampuhannya menyempitkan pembuluh darah yang membesar ketika serangan penyakit tersebut.
4~ Roti gandum
Kekurangan karbohidrat turut menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, pengambilan sumber karbohidrat yang mudah dicerna seperti roti gandum amat membantu.
5~ Badam
Dengan keupuyaannya melancarkan peredaran darah, badam mampu merawat sakit kepala yang terjadi akibat penyempitan dan pembengkakan pembuluh darah.

     Menikmati jus oren yang sejuk di kala matahari memancar terik adalah satu kenikmatan yang tidak dapat digambarkan! Sekelip mata tubuh kembali segar dan bertenaga. Begitulah penangan buah kecil berwarna oren yang pastinya membuat ramai terpukau.
     Menarik, bukan saja dijadikan jus minuman, buah oren ini juga ternyata mempunyai kelebihan tersendiri. Ia juga boleh dijadikan bahan dalam menghasilkan sajian yang enak dan menyelerakan. Rasanya yang masam manis dan berjus pasti menimbulkan sensasi pada setiap kunyahan.
Asal-Usul:
     Buah oren berasal daripada negara China ribuan tahun yang lalu dan seterusnya diperkenalkan di benua Eropah. Kini ia ditanam hampir di seluruh dunia. Buah oren atau nama saintifiknya Citrus sinensis termasuk dalam genus Citrus dan mampu bertahan selama dua hingga tiga hari saja sekiranya disimpan di dalam suhu bilik. Negara Brazil merupakan negara pengeluar jus terbesar di dunia dan diikuti Amerika Syarikat.
     Selain dijadikan minuman, buah oren diambil patinya untuk dijadikan aromaterapi, minyak wangi, dan bahan wangian untuk sabun, pewangi dan sebagainya. Ia juga dijadikan bahan perisa untuk makanan seperti ais krim , marmalade, teh dan sebagainya. Amalan memakan sebiji oren bersaiz sederhana adalah mencukupi untuk keperluan tubuh manusia atau dibuat jus jika tidak mahu dimakan begitu sahaja.
Jenis-Jenis Buah Oren:
Oren Blood (Blood oranges)
     Buah oren yang kelihatan eksotik ini mempunyai isi berwarna merah darah dan rasanya manis serta berjus. Amat terkenal di Itali dan tumbuh di seluruh kawasan Mediterranean.
Musim : Sepanjang tahun.
Kegunaan : Kulitnya perlu dikupas dan enak dimakan begitu saja.
Oren Delta (Delta orange)
     Buah oren ini juga dikenali sebagai oren Valencia (Valencia oranges). Bersaiz kecil dan mempunyai kulit nipis serta mudah dikupas. Selain itu isinya manis, berjus dan mempunyai biji.
Musim : Sepanjang tahun.
Kegunaan : Boleh dimakan mentah atau dijadikan salad dan dibuat puding.
Oren Navel (Navel oranges)
     Buah oren ini manis, berjus dan mempunyai biji. Ia dinamakan navel (pusat) berdasarkan strukturnya yang unik iaitu buah oren yang kecil akan tumbuh pada isi oren seolah-olah bentuknya seperti mutasi.
Musim : Sepanjang tahun.
Kegunaan : Boleh dijadikan sos oren, salad dan pencuci mulut.
Oren Navelina (Navelina oranges)
     Buah oren ini tumbuh di kawasan Valencia di Sepanyol. Buah ini mempunyai rasa manis yang sungguh menyelerakan. Saiznya agak besar, berwarna oren gelap dan mudah dikupas.
Oren Ortaniques (Ortaniques orange)
     Buah oren yang mempunyai gabungan rasa masam dan manis dengan nikmat yang menyegarkan.
Musim : Sepanjang tahun.
Kegunaan : Enak dimakan mentah dan dijadikan jus minuman.
Oren Seville (Seville oranges)
     Buah oren ini berasal dari India dan kini terkenal di Eropah. Ia mempunyai rasa sedikit pahit, beraroma, kulit yang berbonjol, isi yang berjus dan berbiji.
Musim : Januari dan Februari.
Kegunaan : Buah oren ini tidak sesuai dimakan mentah kerana rasanya yang pahit. Ia amat enak dijadikan jem, marmalade dan sos. Boleh juga dijadikan salad dan dihidangkan bersama ayam panggang.
Oren Salustiana (Salustiana orange)
     Dengan rasanya yang manis dan berjus, buah oren ini adalah yang terbaik untuk dijadikan minuman berjus.
Musim : Sepanjang tahun.
Kegunaan : Untuk menyediakan jus oren sama ada untuk diminum atau dicampur ke dalam resepi, buah oren Salustiana adalah pilihan yang terbaik kerana rasanya yang manis dan jusnya yang pekat.
Khasiat:
     Buah oren bukan sahaja enak dimakan, namun ia juga mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan.
1~Vitamin C
    Berperanan dalam pembentukkan kolagen. Pembentukkan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukkan ligament, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
-Mencegah penyakit kanser.
-Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit.
2~Karbohidrat
     Serat yang terdapat di dalam karbohidrat ini melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
-Sesuai bagi individu yang berusaha menurunkan berat badan.
3~Folat
     Menurunkan kadar homocystein yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.
-Menurunkan risiko penyakit kardivoskular.
Selain daripada itu, buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, riboflavin dan asid pantothenik.

Masalah mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.
     Ini kerana masalah yang juga dikenali sebagai halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?
     Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.
     Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa yang sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin jutaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.
     Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap individu. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.
Penyelesaiannya:
~ Minum Teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai polyphenols membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.
~ Minum Air
Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.
~ Penggunaan Herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.
~ Kawal Tekanan
Sesetengah individu terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.
~ Berhenti Merokok
Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.
~ Pembersihan Gigi
Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.
Tanda-tanda:
~ Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut.
~ Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap.
~ Ada rakan menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda.

~ Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.

Sebut saja migrain, ramai dapat membayangkan betapa azabnya berdepan masalah sakit kepala ini. Apa tidaknya, bukan sekadar kepala yang berdenyut, tetapi mata terasa perit untuk dibuka, pandangan kabur, sukar berdiri ada ketikanya seperti hendak pitam. Malah, sakit kepala ini juga boleh menyebabkan mood yang pada awalnya baik, boleh berubah menjadi marah dalam sekelip mata.
     Hakikatnya, migrain bukan sekadar sakit kepala. Kerap kali ia dirujuk sebagai masalah neurologi yang biasa menyerang khususnya wanita. Serangan migrain selalunya berlaku pada sebelah bahagian kepala, rasa sakit yang seakan dicengkam, loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan.
     Dari segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf fiber yang melingkari sekitar saluran darah itu. Pembebasan bahan kimia itu menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri membengkak.
     Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Dr Zainordin Md Noor, berkata migrain adalah masalah yang biasa ditemui dengan anggaran antara tiga hingga 29 peratus penduduk.
     "Kerap kalinya migrain menyerang mereka yang berusia 16 tahun ke atas. Namun, kanak-kanak seawal usia 10 tahun boleh diserang migrain tetapi ia sedikit berbeza," katanya.
     Dr Zainordin berkata, migrain kanak-kanak ini mempunyai simpton seperti muntah atau loya. Ia bagaimanapun tidak membabitkan sakit kepala.
     Migrain di kalangan dewasa pula biasanya menyerang pada sebelah kiri atau kanan kepala. Rasa sakitnya pula berbeza-beza bagi setiap pesakit. Ada yang berasa sedikit kesakitan dan tidak kurang yang mengalami rasa sakit keterlaluan.
     Bagi sesetengah individu, rasa sakit yang menyerang itu boleh hilang dalam tempoh tiga jam tetapi ada yang perlu menanggung kesakitan sehingga tiga hari lamanya.
     Berbanding lelaki, wanita lebih kerap mengalami migrain yang dipercayai berkaitan dengan perubahan hormon, terutama ketika waktu haid. Bagi seorang perempuan yang kerap diserang migrain, serangan itu akan berhenti apabila dia hamil. Namun, migrain kembali menyerang selepas melahirkan anak.
     Ramai percaya migrain bukan penyakit yang diwarisi secara genetik. Bagaimanapun, jika ada ahli keluarga anda mengalami migrain, anda berkemungkinan turut mengalaminya.
Jenis:
Migrain Biasa(Tanpa Aura)
Rasa sakit yang mencengkam dan selalunya pada sebelah kepala sahaja. Ada kala diikuti dengan rasa sakit perut, hilang selera makan, loya, muntah, sembelit dan cirit birit. Biasanya terjadi pada sembilan daripada 10 pesakit. Sensitif pada bau, cahaya dan kebisingan.
Migrain Klasik(Dengan Aura)
Sebelum serangan, biasanya pandangan pesakit terganggu dengan gambaran bintang-bintang, cahaya atau garisan bengkang bengkok. Secara puratanya, serangan migrain jenis ini berlaku dalam tempoh 22 jam.
Punca:
~Tekanan - ada kala serangan migrain berlaku akibat komplikasi tekanan. Apabila tekanan hilang, pesakit diserang migrain.
~Terdedah kepada sinaran lampu, bunyi bising atau kepanasan yang melampau.
~Tidak cukup tidur atau terlebih tidur.
~Perubahan hormon.
Pencetus:
~Coklat.
~Keju.
~Buah-buahan sitrus.
~Ais krim.
~Minuman kafein.
Rawatan:
     Berdasarkan keadaan anda, doktor akan memberi ubat-ubatan yang bersesuaian. Ada pelbagai jenama ubat di pasaran yang boleh anda beli. Bagaimanapun, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat kerana itulah jalan yang terbaik.
     Elakkan daripada mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin, paracetamol atau ubat khusus untuk migrain tanpa pengawasan doktor kerana pengambilan ubat terlalu kerap tanpa nasihat doktor akan menyebabkan komplikasi penyakit lain seperti gastrik.

     Memandangkan ia adalah masalah yang sehingga kini belum dapat ditangani, anda perlu bijak menguruskan migrain, termasuk menjauhi makanan-makanan yang boleh mencetuskan masalah itu selain mengawal tekanan dengan baik

Menjelang Ramadhan, pastinya buah kurma kembali menjadi pilihan. Memiliki nilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin  A dan C serta niasin.
     Dikenali dengan nama saintifik, Phoenix danctylifera, kurma amat berkesan untuk merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit. Khasiat kurma juga terbukti dalam mengatasi masalah insomnia. Individu yang mengalami masalah batuk pun boleh mengamalkan pengambilan kurma dalam menu harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong mampu menghentikan batuk.
     Bagi kanak-kanak pula, kurma membantu mencergaskan minda, menguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran. Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.

     Tidak hanya itu, buah yang sering menjadi pilihan di bulan Ramadhan ini turut terbukti berkesan dalam melancarkan peredaran darah, membantu memanaskan badan, mencegah penyakit barah, merawat penyakit buah pinggang dan membersihkan organ hati.